Swift App Development using iPad

TAKLIMAT & POSTER


Objektif Pertandingan
Kuasai Kemahiran
Asas Sains Komputer atau kursus pengenalan
setara
Projek Berkumpulan
Mengasah Kreativiti
Menggalakkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran logik melalui pembangunan aplikasi Swift Playgrounds
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
TARIKH TUTUP ADALAH PADA 31 JULAI 2025
TAKLIMAT & BENGKEL







TERMA & SYARAT
Pertandingan Swift App Development using iPad untuk Murid Sekolah Menengah KPM
1. Pengenalan
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran logik dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui pembangunan aplikasi menggunakan iPad dan Swift Playgrounds.
Program ini juga merupakan inisiatif awal untuk melatih dan menyediakan pelajar yang berminat untuk menyertai program global seperti WWDC (Apple Worldwide Developers Conference) pada masa akan datang
Maklumat lanjut: https://developer.apple.com/swift- student-challenge/
2. Kelayakan Penyertaan
• Terbuka kepada murid Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Peserta mestilah warganegara Malaysia, berumur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga 5).
• Penyertaan adalah secara berkumpulan sahaja – 1 kumpulan = 3 orang murid + 1 guru pembimbing dari sekolah yang sama.
• Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya satu
(1) projek sahaja, namun setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan.
• Setiap guru pembimbing hanya dibenarkan untuk membimbing maksimum 5 pasukan sahaja.
3. Pra-syarat & Persediaan Peserta Latar Belakang yang Disyorkan
• Disyorkan agar pelajar telah menamatkan kursus Asas Sains Komputer atau kursus pengenalan setara dalam bidang tersebut.
Untuk Pelajar Tanpa Pengetahuan Asas
• Perlu melengkapkan modul pengenalan dalam aplikasi Swift Playgrounds sebelum menyertai sesi dalam talian.
• Muat turun aplikasi Swift Playgrounds: Swift Playgrounds App
Persediaan Sebelum Bengkel
Pelajar wajib menyemak bahan pembelajaran berikut sebelum bengkel:
• Welcome to Develop in Swift Tutorials
• Swift Programming Language: Guided Tour
4. Format & Keperluan Penyertaan
• Setiap pasukan hanya boleh menghantar 1 projek sahaja.
• Aplikasi yang dibangunkan mestilah menggunakan aplikasi iPad yang diajar semasa bengkel seperti Freeform, Pages, Keynote, iMovie dan Swift Playgrounds.
Bahan Yang Perlu Dihantar
• Swift App Development Journal yang telah dilengkapkan dalam format Pages.
• Fail projek mestilah dalam bentuk app playground (.swiftpm), dimampatkan dalam fail ZIP (maksimum 25MB).
• Semua sumber seperti imej dan audio mestilah disertakan secara offline dalam ZIP file (tidak bergantung kepada rangkaian).
• Projek mestilah dibangunkan menggunakan:
◦ Swift Playground 4.5, atau versi lebih baharu.
◦ Penggunaan Apple Pencil dibenarkan.
• Kandungan boleh dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
• Anda dibenarkan menggunakan kod sumber terbuka pihak ketiga dan bahan domain awam dengan kredit dan penjelasan yang sewajarnya.
5. Kehadiran Bengkel
• Peserta wajib melengkapkan borang kehadiran dan mengisi kod kehadiran yang sah.
• Sekiranya tidak dapat hadir secara langsung, peserta boleh menonton rakaman dan tetap mengisi borang kehadiran.
• Sijil penyertaan bengkel hanya akan diberi kepada peserta bengkel yang menghadiri sekurang- kurangnya 5 sesi daripada 7 sesi dalam talian.
• Urus setia berhak membuat semakan kehadiran silang (cross-check) untuk pengesahan penyertaan.
6. Lain-lain Peraturan
• Penyertaan akan dibatalkan jika:
◦ Mengandungi unsur 3R (agama, kaum, raja)
◦ Tidak asli atau plagiat
◦ Tidak mematuhi terma dan syarat pertandingan
• Hasil karya tidak boleh pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan lain.
• Hak milik hasil produksi adalah milik peserta, tetapi urus setia/KPM berhak menggunakannya untuk tujuan promosi pendidikan.
• Urus setia berhak untuk mengubah peraturan dan masa pertandingan bila-bila masa.
• Sijil penyertaan & pengiktirafan PAJSK peringkat kebangsaan hanya akan diberikan kepada pasukan yang memenuhi semua syarat pertandingan.
• Keputusan hakim adalah muktamad.